Terima Kasih.. Jasamu Dikenang !

Monday, 1 September 2014

CEGAH KANSER DARI SEKARANG


Hari ni terbaca paper cerita pasal Kanser Perut. Takutnya.. Harap dijauhlah penyakit2 merbahaya ni dari kita semua... So, eloklah kita mula dari sekarang bertindak buat sesuatu untuk mencegah penyakit bahaya ini.
 SEL KANSER

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.

Kajian makmal  telah membuktikan, sel-sel  kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak didalam persekitaran yang berasid. Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser tumor itu lebih lambat.

Dengan memilih diet yang boleh menjadikan tahap pH didalam tubuh seseorang itu lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak itu adalah berkurang. Makanan yang berakali tinggi menghasilkan  persekitaran yang sukar untuk kanser membiak dan merebak. Sel-sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen.

Diet yang berakali tinggi ialah makanan-makanan yang berunsur sayur sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, buah kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan yang berunsur soya seperti tempe, dan tau fu faa. Makanan-makanan ini meninggalkan “alkaline ash” atau persekitaran tubuh yang berakali.

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MENCEGAH KANSER
  1. Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dipercayai dapat membantu menghalang pembentukan kanser.
  2. Kacang atau Mentega kacang. Terdapat kajian yang mendapati memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut, kolon, paru-paru, dan kanser yang lain. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang, mentega kacang, kacang almond dan biji kuaci dalam diet harian kita membantu menguatkan sel badan kita.
  3. Buah Beri. Buah Beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberries, blueberries, dan cranberries. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.
  4. Ubi Keledek. Ubi keledek mengandungi beta-karotin yang merupakan antioksidan yang hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-karotin dapat mengurangkan risiko kanser.
  5. Ikan Salmon Segar. Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan kolon. 
  6. Soya (Non-Gmo). Makanan yang rendah lemak, tanpa kolestrol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya (Non-Gmo) mengurangkan paras kolestrol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita.
  7. Makanan yang boleh meningkatkan sistem imun. Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia.
MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN
  1. Daging merah 
    Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran yang berasid, diet daging adalah bersifat asid yang sangat tinggi. Diet yang lebih baik adalah dengan memakan ikan dan ayam kerana walaupun ia bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidaklah setinggi daging merah iaitu daging lembu dan daging kambing.
  2. Gula 
    Gula adalah “hayat kanser”. Dengan mengurangi pengambilan gula yang berlebihan, bererti kita sedang mengurangi hayat atau potensi sel kanser untuk membiak.
  3. Garam 
    Garam yang selalu digunakan oleh kita dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warnanya putih dan tahan lama.
  4. Makanan laut yang bercengkerang 
    Kebanyakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, ketam, kepah dan sebagainya mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.
  5. Kopi, teh, coklat 
    Ketiga-tiga diet diatas mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid yang tinggi. Teh hijau adalah alternatif terbaik untuk melawan kanser. Selain itu, amalan meminum air bersih yang ditapis adalah baik untuk menghindari racun atau bahan-bahan kimia didalam air daripada memasuki tubuh.
  6. Makanan yang bercuka tinggi 
    Elakkan daripada memakan makanan yang dijeruk seperti jeruk buah-buahan.
  7. Makanan yang berminyak
    Elakkan memakan makanan yang berminyak tinggi seperti makanan yang bergoreng. Utamakan makanan yang berkukus, atau makanan yang disediakan menggunakan ketuhar, (“baking”).
  8. Hindari alkohol 
    Minuman yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi, menyumbang kepada tahap asid yang tinggi didalam tubuh. Kerana itulah didalam Islam, kita dilarang sama sekali untuk meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
  9. Makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi .

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MENCEGAH KANSER

ANTIOKSIDAN YANG TINGGI


 IMUN BOOSTER


SOYA NON-GMO


TIDAK PERLU AMBIL SEMUA NI.. PILIH IKUT KEPERLUAN & KEMAMPUAN :)


SMS 019-933 2568 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN

***************************************

Mohon Doa Untuk Menghapuskan Sel Kanser

Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit. Terdapat lapan surah yang boleh diamalkan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Jika pesakit dapat membacanya dengan baik, atau jika kurang mahir bolehlah meminta bantuan dari orang lain untuk mewakili pihak dirinya.

Sebaiknya, sebelum memulakan bacaan :

1)Beristifar 10x
2)Selawat atas Nabi 10x
3)Al-Fatihah 1x

Sediakan sebotol air mineral (atau secukupnya). Bacakan surah mengikut turutan seperti di bawah, setiap kali selesai surah dibaca, tiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan setiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang terkena barah/kanser. InsyaAllah.

1)Surah Al- Maidah (Ayat 82-91)
2)Surah Al Araf (Ayat 70-81)
3)Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28)
4)Surah Al Anbia'a (Ayat38-50)
5)Surah Asy Syura (Ayat 185-227)
6)Surah Az Zummar (Ayat 42-52)
7)Surah Ghafir (Ayat 67-77)
8)Surah Az Zukruf (Ayat 52-70)


Hanya kepada Allah saja kita memohon dan meminta pertolongan. Semoga apa yang diusahakan akan diberkati. Amin!

Sumber: apahell.blogspot.com


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!


Selamat, Berkesan dan Berpatutan.
ID NO: 1164152
MAYBANK : 153083216834
MOHAMAD KHAIRI BIN OMAR
poktam90@gmail.com
019 933 2568



PM TERUS KE INBOX UNTUK DAPATKAN HARGA "KASIH SAYANG".

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Tablet ahli shaklee AirSource Mobile™ Alfalfa Complex B Complex Balancing Moisturizer Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Basic Organic Cleansing basis H Bayi Baru Lahir Bersalin buasir campak Carotomax chewable Vita C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Energy Tea Shaklee Cinch Shake Mix Clean Water Pitcher Collagen Powder Shaklee CoQHealth Plus Daily Defense Whitening Essence ESP Eye Treatment Fresh Laundry Concentrate Garlic Gentle Action Makeup Remover Gentle Deep Foaming Cleanser Get Clean : Dish Wash Concentrate GLA Complex herbal blend HerbLax Hydrating Cleansing Lotion Hydrating Moisturizer Hydrating Toner info Jantung Join Shaklee Lecithin Lightweight Conditioner Long Lasting Finishing Spray MealShake Migrain MLM Motivasi Nourishing Scalp Treatment NutriFeron Omega Guard Ostematrix Overnight Renewal Whitening Cream Performance Performance Drink Shaklee petua Phytocol St Purifying Cleansing Gel Purifying Shampoo Purifying Toner Rahim bengkak Replenishing Conditioner resdung Revitalizing Shampoo salah Set berpantang Shaklee Set Penyusuan Set Sakit Sendi Shaklee Shaklee Enfuselle Skin Care Soft Fabric Concentrate Soothing Radiance Whitening Softener Spot Whitening Treatment Sustained Release Vitamin C tempoh Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Vita Lae Vita-C Vita-E Complex Vita-Lea® for Children Chewable Vitamin Vitamin C Vitamin C Chewable Vitamin C Sustain Release Vivix Water Pitcher zikir pendinding Zinc Complex Zinc Complex.