Terima Kasih.. Jasamu Dikenang !

Monday, 1 September 2014

MLM SHAKLEE TAK LULUS SYARIAH?

Post ini untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain. 



 Jom perhalusi. Syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Credit to : http://wafiqulya.blogspot.com

Anda juga boleh merujuk kepada : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Selamat, Berkesan dan Berpatutan.
ID NO: 1164152
MAYBANK : 153083216834
MOHAMAD KHAIRI BIN OMAR
poktam90@gmail.com
019 933 2568

PM TERUS KE INBOX UNTUK DAPATKAN HARGA "KASIH SAYANG".

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Tablet ahli shaklee AirSource Mobile™ Alfalfa Complex B Complex Balancing Moisturizer Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Basic Organic Cleansing basis H Bayi Baru Lahir Bersalin buasir campak Carotomax chewable Vita C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Energy Tea Shaklee Cinch Shake Mix Clean Water Pitcher Collagen Powder Shaklee CoQHealth Plus Daily Defense Whitening Essence ESP Eye Treatment Fresh Laundry Concentrate Garlic Gentle Action Makeup Remover Gentle Deep Foaming Cleanser Get Clean : Dish Wash Concentrate GLA Complex herbal blend HerbLax Hydrating Cleansing Lotion Hydrating Moisturizer Hydrating Toner info Jantung Join Shaklee Lecithin Lightweight Conditioner Long Lasting Finishing Spray MealShake Migrain MLM Motivasi Nourishing Scalp Treatment NutriFeron Omega Guard Ostematrix Overnight Renewal Whitening Cream Performance Performance Drink Shaklee petua Phytocol St Purifying Cleansing Gel Purifying Shampoo Purifying Toner Rahim bengkak Replenishing Conditioner resdung Revitalizing Shampoo salah Set berpantang Shaklee Set Penyusuan Set Sakit Sendi Shaklee Shaklee Enfuselle Skin Care Soft Fabric Concentrate Soothing Radiance Whitening Softener Spot Whitening Treatment Sustained Release Vitamin C tempoh Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Vita Lae Vita-C Vita-E Complex Vita-Lea® for Children Chewable Vitamin Vitamin C Vitamin C Chewable Vitamin C Sustain Release Vivix Water Pitcher zikir pendinding Zinc Complex Zinc Complex.