Terima Kasih.. Jasamu Dikenang !

Wednesday, 1 October 2014

Info Personaliti : Tanah, Air, Api atau Angin?

1..Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
2..Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
3.Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
4..Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

1..Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

2..Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

3..Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

4..Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Nak join Shaklee? 

Bankin rm 75sm/ rm85 ss ke 
Maybank : 153083216834 
MOHAMAD KHAIRI BIN OMAR 
poktam90@gmail.com 

 kemudian bagi nama penuh, alamat, no hp, no kp, email, nama pasangan + no nokp (jika ada), nama bank, no akaun

hantar ke 019 933 2568 atau pm di fb(khairi Omar) 

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Tablet ahli shaklee AirSource Mobile™ Alfalfa Complex B Complex Balancing Moisturizer Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Basic Organic Cleansing basis H Bayi Baru Lahir Bersalin buasir campak Carotomax chewable Vita C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Energy Tea Shaklee Cinch Shake Mix Clean Water Pitcher Collagen Powder Shaklee CoQHealth Plus Daily Defense Whitening Essence ESP Eye Treatment Fresh Laundry Concentrate Garlic Gentle Action Makeup Remover Gentle Deep Foaming Cleanser Get Clean : Dish Wash Concentrate GLA Complex herbal blend HerbLax Hydrating Cleansing Lotion Hydrating Moisturizer Hydrating Toner info Jantung Join Shaklee Lecithin Lightweight Conditioner Long Lasting Finishing Spray MealShake Migrain MLM Motivasi Nourishing Scalp Treatment NutriFeron Omega Guard Ostematrix Overnight Renewal Whitening Cream Performance Performance Drink Shaklee petua Phytocol St Purifying Cleansing Gel Purifying Shampoo Purifying Toner Rahim bengkak Replenishing Conditioner resdung Revitalizing Shampoo salah Set berpantang Shaklee Set Penyusuan Set Sakit Sendi Shaklee Shaklee Enfuselle Skin Care Soft Fabric Concentrate Soothing Radiance Whitening Softener Spot Whitening Treatment Sustained Release Vitamin C tempoh Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Vita Lae Vita-C Vita-E Complex Vita-Lea® for Children Chewable Vitamin Vitamin C Vitamin C Chewable Vitamin C Sustain Release Vivix Water Pitcher zikir pendinding Zinc Complex Zinc Complex.