Terima Kasih.. Jasamu Dikenang !

Wednesday, 4 February 2015

kebaikan bermain untuk kanak-kanak

Kalau masa boleh diputar ke belakang pasti ramai yang nak kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh kegembiraan dan tiada sebarang tekanan. Celik sahaja mata dari tidur yang kita ingat ialah keseronokan bermain. Tapi tu zaman kita menjadi kanak-kanak. Zaman pantas berubah dan kini adakah kanak-kanak sekarang sangat menikmati zaman bermain mereka? Adakah mereka telah dibebani untuk mendapat kecemerlangan akademik bermula dari zaman tadika? 

Saya tidak setuju dengan ibubapa yang mengongkong anak mereka bermain. Ada ibu bapa yang begitu obses melihat anak dia berjaya dalam akademik dengan 'memaksa' anak mereka belajar tanpa henti. Bayangkan umur 5 tahun sudah dimasukkan ke kelas tuisyen. Peluang anak bermain begitu terhad dan ada yang murung ekoran tidak berkesempatan meneroka alam bermain yang sepatutnya

Namun begitu aktiviti anak bermain ini hendaklah dikawal dan dipantau. Tidak bolehlah dibiarkan sepanjang hari bermain sahaja. Perlu disulami dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku dan membantu kita mengemas rumah. Dalam hal ini ibubapa perlu bijak mendidik anak mereka mengenai penggunaan masa yang sesuai untuk anak bermain. 

kebaikan bermain untuk kanak-kanak

mendidik kanak-kanak tentang dunia persekitaran

Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Mereka boleh meneliti, menemui, bereksperimentasi dengan teori, meneroka sebab dan kesan, mempelajari peranan kemasyarakatan dan nilai-nilai murni. 

Apabila mereka semakin mahir tentang dunia sekeliling, mereka juga semakin mahir dalam perkara-perkara lain yang membina keyakinan dan ketahanan diri untuk menghadapi dugaan di masa hadapan.

membina keyakinan diri


Kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk bermain sesuatu yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. 


Pastikan anak kita sentiasa sihat!

Namun begitu sebagai ibubapa kita kena memastikan kesihatan anak kita sentiasa sihat. Kalau tak sihat macam mana nak bermain kan? Almaklumlah kanak-kanak belum mempunyai sistem imuniti yang matang. Mereka terdedah dengan serangan virus berjangkit yang boleh menyebabkan demam, batuk, selsema, ekzema, dan sebagainya. 




No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

Advanced Joint Health Tablet ahli shaklee AirSource Mobile™ Alfalfa Complex B Complex Balancing Moisturizer Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Basic Organic Cleansing basis H Bayi Baru Lahir Bersalin buasir campak Carotomax chewable Vita C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Energy Tea Shaklee Cinch Shake Mix Clean Water Pitcher Collagen Powder Shaklee CoQHealth Plus Daily Defense Whitening Essence ESP Eye Treatment Fresh Laundry Concentrate Garlic Gentle Action Makeup Remover Gentle Deep Foaming Cleanser Get Clean : Dish Wash Concentrate GLA Complex herbal blend HerbLax Hydrating Cleansing Lotion Hydrating Moisturizer Hydrating Toner info Jantung Join Shaklee Lecithin Lightweight Conditioner Long Lasting Finishing Spray MealShake Migrain MLM Motivasi Nourishing Scalp Treatment NutriFeron Omega Guard Ostematrix Overnight Renewal Whitening Cream Performance Performance Drink Shaklee petua Phytocol St Purifying Cleansing Gel Purifying Shampoo Purifying Toner Rahim bengkak Replenishing Conditioner resdung Revitalizing Shampoo salah Set berpantang Shaklee Set Penyusuan Set Sakit Sendi Shaklee Shaklee Enfuselle Skin Care Soft Fabric Concentrate Soothing Radiance Whitening Softener Spot Whitening Treatment Sustained Release Vitamin C tempoh Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Vita Lae Vita-C Vita-E Complex Vita-Lea® for Children Chewable Vitamin Vitamin C Vitamin C Chewable Vitamin C Sustain Release Vivix Water Pitcher zikir pendinding Zinc Complex Zinc Complex.